fbpx

Suspek ragut beg tangan diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman CCTV memaparkan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di Kampung Manjoi Tambahan di Ipoh kelmarin yang tular dalam media sosial.

IPOH – Polis sedang memburu suspek kes ragut beg tangan seorang wanita di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular kejadian ragut itu hari ini selepas dimuat naik melalui laman sosial Twitter.

Katanya, semakan mendapati kejadian itu berlaku pukul 9.39 pagi, kelmarin di mana satu laporan polis telah pun dibuat mangsa.

“Semasa kejadian, mangsa berusia 63 tahun sedang berjalan di tepi jalan sebelum beg tangannya diragut penunggang motosikal dari arah belakang.

“Antara barang yang dilarikan suspek ialah wang tunai RM1,500, telefon bimbit dan dokumen peribadi lain. Mangsa tidak cedera dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang masih bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI