fbpx

Dulu susah, guna nama isteri beli kereta – Ryan Bakery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYAN berysukur dikurniakan seorang isteri yang setia bersama pada waktu susah sehingga hari ini.

SHAH ALAM – Pempengaruh media sosial terkenal Ryan Bakery mengakui pernah merasa hidup susah sehingga perlu menggunakan nama isterinya, Elyia Ibrahim untuk membuat pinjaman bagi membeli kata.

Kata Ryan, isterinya juga sanggup melabur ribuan ringgit bagi membeli peralatan untuk digunakan bagi menghasilkan kandungan digital yang tular sehingga hari ini.

“Dulu tahap susah saya, sampai guna nama isteri untuk buat pinjaman beli kereta yang kami guna hari ini. Sekarang saya pula yang sambung bayar.

“Jika nak cerita dari awal, memang sedih tetapi dia yang ada dan banyak melabur untuk saya adalah dia walaupun pada ketika itu belum bergelar isteri.

“Dia sanggup keluarkan duit untuk beli keperluan untuk saya membuat video walaupun gajinya tidaklah besar mana,” katanya kepada Kosmo! Online usai dinobatkan sebagai Digital Content Creator Tergempak di majlis Anugerah Gempak Most Wanted di sini semalam.

Dia bagaimanapun turut mebgakui terkesan apabila Elyia dituduh menumpang popularitinya yang mencanak ketika ini.

“Usaha dialah yang menjadi salah satu sebab saya berjaya berada di tahap sekarang.

“Jadi, bila dia dikecam dan dituduh tumpang populariti serta suka menyibuk, memang mental koyak. Kasihan dia.

“Sebagai tanda penghargaan, saya halalkan hubungan kami secepat mungkin dan akan bawa dia kemana-mana sahaja saya pergi,” ujar pemilik nama penuh Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkenaan.

Sementara itu, Elyia mengakui sebak melihat kejayaany suaminya hari ini yang suatu ketika dulu pernah melalui titik terendah dalam hidup.

“Kami belajar dan bekerja sama-sama dan apabila dia dibuang kerja, takkan nak tinggalkan dia.

“Apabila dia tidak ada modal, saya bantu pakai duit sendiri dan tetap sokong dia,” kongsinya dalam nada sebak.

Terdahulu, nama Ryan mula meledak dalam media sosial khususnya TikTok selepas video-videonya yang mengangkat zaman persekolahan pada era tahun 90-an mencuit hati ramai sehingga tular.

Antara trademarknya yang popular ialah budak bedak dan sebutan ‘air mellow’.

Sekadar info, Ryan dan Elyia bergelar suami isteri pada 1 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI