fbpx

Annuar Musa kembali teruskan perjuangan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, dilihat memberi bayangan bahawa dirinya akan menyertai dunia politik semula namun tidak diketahui parti mana akan disertainya.

Menerusi hantaran di Facebooknya, dia berkata tempoh tiga bulan yang diambil setelah dipecat daripada UMNO pada Disember lalu, telah digunakan sebaiknya untuk muhasabah diri.

“Sudah 43 tahun dari tahun 1979 saya telah menjadi ahli parti politik parti tertentu dan berkhidmat kepada mereka sehinggalah dibuang daripada parti tersebut Disember lalu.

“Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

“Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti,” katanya.

Tambah Annuar, dia juga akan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangannya dan parti yang benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka. Kepada Allah saya berserah,” tulisnya.

Terdahulu Annuar yang juga Bekas Setiausaha Agung UMNO, telah dilucutkan jawatan lleb Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas mereka melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO serta perkara berkaitan tataetika ahli.

Bagaimanapun, Annuar bertegas tidak akan membuat rayuan kerana sehingga kini beliau masih tidak tahu sebab-sebab pemecatan itu dilakukan kerana tiada pertuduhan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI