fbpx

2 lelaki, seorang wanita ditahan kerana seks di atas jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu terbabit dirakam melakukan hubungan seks di atas jejantas. - Thaiger

BANGKOK – Polis wilayah Phitsanulok, Thailand menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana melakukan hubungan intim di atas sebuah jejantas pada siang hari, lapor laman berita Thaiger.

Akaun Facebook laman berita tempatan, Esor News 2 memuat naik sekeping gambar memaparkan perbuatan pasangan berkenaan melakukan seks di atas jejantas.

“Pasangan muda mahukan suasana baru, memilih untuk melakukan hubungan di atas jejantas pejalan kaki di Phitsanulok pada waktu siang. Jejantas itu terletak di hadapan sebuah kolej teknikal di wilayah itu,” demikian kapsyen hantaran tersebut.

Papan tanda besar yang dipasang pada dinding jejantas tersebut didapati menghalang pandangan pemandu yang lalu lalang. 

Selepas gambar itu tular, pegawai di Balai Polis Mueang Phitsanulok memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati sebenarnya terdapat tiga orang yang terlibat ketika kejadian.

Polis berkata mereka melakukannya secara bergilir-gilir, demikian menurut akhbar MGR Online.

Di lokasi kejadian, polis menemui dua bantal dan sehelai selimut tetapi tiga individu tersebut tidak ditemui. Mereka kemudian ditahan selepas dijejaki polis.

Kesemua suspek didenda 500 baht (RM63.75) setiap seorang sebelum dibebaskan. Ketiga-tiga mereka didapati adalah gelandangan dan penagih dadah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI