fbpx

Wanita bawa anjing main gelongsor di taman permainan undang perbalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita membawa anjing peliharaannya bermain di sebuah taman permainan kanak-kanak.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke sebuah taman permainan sehingga mengundang pelbagai reaksi dan kecaman di media sosial.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, memaparkan gelagat beberapa ekor anjing sedang bermain gelongsor sambil ditemani oleh tuannya sebelum didekati seorang lelaki yang menegur perbuatannya itu.

“Saya nak cakap sikit ‘miss’ (cik), awak bawa anjing main dekat sini buat apa?” soal lelaki tersebut.

Sehubungan itu, wanita terbabit malah menyoal kembali dan tidak sedar bahawa perbuatannya itu salah di sisi undang-undang yang sudah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini siapa punya tempat, awak punya tempat ke? Biasa boleh sahaja,” ujar wanita itu.

Dalam pada itu, rata-rata orang melontarkan pelbagai pandangan sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan mereka.

“Aunty (makcik) tu memang salah, tapi dia tak tahu dia buat salah. Kalau nak tegur, kena la elok-elok. Ambil masa terangkan kepada dia kepada salah bawa anjing ke taman permainan kanak-kanak,” kata Manjit.

“Anjing binatang bijak. Kalau tak main sehari, ia boleh murung. Anjing juga makhluk Allah dan berhak menggunakan bumi Allah yang luas ini,” ujar seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali Jalaludin memberitahu bahawa terdapat undang-undang dikeluarkan pihak PBT berkaitan perkara terbabit.

“Biasa PBT akan letak papan tanda tapi tak tahulah PBT nak ambil tindakan atau tidak sebab taman pun macam rupa zaman purba,” ujarnya.

Difahamkan binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk kemana-mana taman namun boleh dikecualikan sekiranya penjaga membawa anjing melalui tali ikatan atau rantai.

Namun, penjaga perlu memastikan anjing tersebut tidak membuang air besar dalam mana-mana bahagian taman dan sekiranya gagal mematuhi, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI