fbpx

Kanak-kanak Korea Utara dipenjara 5 tahun jika tonton filem Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang diambil akhir Disember 2022 menunjukkan Jong-un bergambar dengan wakil kanak-kanak yang menyertai mesyuarat ke-9 Pengakap Lelaki Korea di Pyongyang. - AFP

PYONGYANG – Korea Utara melancarkan tindakan besar-besaran terhadap orang awam yang menonton filem dan program televisyen terbitan Barat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kanak-kanak dan ibu bapa mereka berdepan hukuman penjara jika ditangkap menonton filem Hollywood.

Terdapat permintaan besar untuk media Barat di Korea Utara yang terasing dari dunia luar di bawah pemerintahan Pemimpin Tertinggi, Kim Jong-un. Namun, sesiapa yang disabitkan bersalah menjual video seludup boleh dihukum mati.

Sebelum ini, orang awam yang didapati menonton filem Barat akan diberi amaran keras tetapi Radio Free Asia melaporkan, tiada lagi kelonggaran untuk ibu bapa dan anak-anak mereka yang terdedah kepada budaya Barat.

Di bawah peraturan baharu, kanak-kanak yang didapati menonton filem Marvel boleh dihukum penjara lima tahun, manakala ibu bapa mereka ditahan selama enam bulan.

Bukan itu sahaja, rakyat Korea Utara yang bercakap, menari atau menyanyi seperti orang Korea Selatan juga berdepan hukuman keras baik untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Arahan terbaharu itu menekankan tanggung jawab ibu bapa dengan mengatakan bahawa pendidikan kanak-kanak bermula di rumah, kata sumber kepada Radio Free Asia.

“Jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dari semasa ke semasa, mereka akan menari dan bernyanyi mengikut budaya kapitalisme dan menjadi antisosialis,” katanya.

Pada Oktober 2022, dua remaja yang didapati bersalah menonton dan berkongsi filem Korea Selatan telah dihukum mati oleh skuad penembak di bandar Hyesan, dekat sempadan  China.

China merupakan sumber utama bagi salinan rampasan filem dan muzik dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang diseludup ke Pyongyang dalam bentuk pemacu USB dan CD. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI