fbpx

Dua pelajar hina kertas Sejarah SPM bebas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial.

HULU SELANGOR – Dua remaja lelaki ditahan selepas tular rakaman video tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah dibebaskan dengan jaminan keluarga, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-dua mereka dibebaskan selepas memberikan keterangan.

“Kedua-dua pelajar sudah dibebaskan dengan jaminan keluarga, dan kes masih diteruskan dan disiasat.

“Setakat ini tiada tindakan menarik semula laporan daripada pengadu terhadap kedua-dua pelajar tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, dua remaja lelaki ditahan selepas tular rakaman video tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di dua lokasi berasingan di Batang Kali pada pukul 9.30 malam, kelmarin.

Tangkapan itu dilakukan hasil laporan yang dilakukan oleh seorang guru wanita berusia 53 tahun Balai Polis Batang Kali, selepas melihat sebuah video TikTok memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan peperiksaan SPM mata pelajaran Sejarah.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI