fbpx

Anjing jalanan diangkat jadi maskot polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOPERAL OLIVIERA dirakam membuat rondaan dengan kereta polis.

ANJING merupakan salah satu haiwan ‘bijak’ yang sering dipelihara dan disayangi oleh manusia di seluruh dunia sejak sekian lama.

Justeru, tidak hairanlah apabila seekor anjing jalanan di Brazil menjadi sensasi internet apabila dilantik sebagai maskot polis.

Maskot polis berbulu coklat itu merupakan anjing jalanan yang ditemui oleh seorang pegawai polis berdekatan sebuah pejabat polis di Rio de Janeiro pada 2019 dalam keadaan terbiar, cedera dan kelaparan.

Anjing itu kemudiannya diberi nama Koperal Oliveira bersempena nama pegawai polis yang menjumpainya iaitu Cristiano Oliveira.

Koperal Oliveira yang lengkap memakai pakaian seragam polis bersama kaca mata hitam dan pistol mainan pada tubuhnya menjadi maskot rasmi bagi Batalion ke-17 Polis Tentera Rio de Janeiro.

Ia juga dirakam meronda bersama pegawai lain di dalam kenderaan polis dan berlari di sebelah motosikal.

Malah, beberapa video di dalam Instagram menunjukkan anjing itu ‘melakukan’ tugas-tugas seorang polis seperti mengambil laporan daripada pengadu dan menahan kereta orang awam.

Ujar Oliveira, dia tidak menyangka anjing tersebut akan tular dan menjadi sensasi di dalam internet.

KOPERAL OLIVEIRA sering mengenakan pakaian polis yang lengkap dengan pistol mainan pada tubuhnya.

“Pada mulanya, saya mengambil pakaian polis seperti kemeja dan coat lalu mengenakannya pada anjing tersebut untuk tujuan berjenaka.

“Kemudian, saya mengambil gambar anjing ini dan menghantarnya dalam kumpulan stesen polis kami, sebelum ia tular menerusi media sosial,” ujarnya.

Tambah Oliveira, dia kemudiannya membuka akaun Instagram buat anjing tersebut yang kini sudah mengumpul lebih 130,000 pengikut.

“Kehidupan saya berubah selepas menyelamatkan anjing ini. Kini, saya sudah menjadi seorang blogger.

“Sekiranya saya tidak memuat naik gambar Koperal Oliveira selama tiga hari, orang ramai akan mula bertanya tentang anjing ini,” ujarnya.

Oliveira juga belajar banyak perkara tentang dunia digital selepas berjaya menyelamatkan nyawa haiwan itu.

Dia akan memuat naik video dan gambar Koperal Oliveira untuk tatapan orang ramai di media sosial.

Koperal Oliveira juga cukup disayangi orang awam. Setiap kali anjing itu keluar meronda, orang ramai akan meminta izin untuk bergambar dengannya.

Seorang pengguna media sosial, Rebecca Go memuji tindakan Oliveira yang mengambil anjing jalanan itu sebagai maskot.

“Maskot ini amat comel, bijak dan istimewa.

“Ia satu tindakan yang bermakna apabila anda menyelamatkan seekor anjing terbiar, lalu menjadikannya sebagai maskot polis,” komennya pada satu video di YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI