fbpx

Amaran hujan berterusan seluruh negara hingga 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan berterusan bagi negeri-negeri di Semenanjung termasuk barat dan tengah Sarawak serta timur Sabah sehingga 1 Mac ini.

Menurut MetMalaysia, ia berikutan luruan monsun dijangka berlaku sehingga awal Mac menyebabkan cuaca buruk berlarutan.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikemas kini dan berkuat kuasa sehingga 1 Mac.

“Kenaikan paras laut dan risiko limpahan air di pesisir pantai turut dijangka berlaku melibatkan kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur sehingga 28 Februari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan boleh merujuk laman web MetMalaysia serta media sosial bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI