fbpx

Masakan sedap tapi pelanggan lari angkara longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROS IDAYU menunjukkan sistem perparitan yang tidak diselenggara di Medan Selera Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sistem perparitan yang tidak di­selenggara dengan baik menjadi ‘beban’ kepada peniaga Medan Selera Batu Burok apabila bakal kehilangan pelanggan disebabkan rasa tidak selesa orang ramai untuk menjamu selera.

Dakwa mereka, masalah yang sudah berlarutan sejak enam tahun itu sedikit sebanyak menjejaskan imej Pantai Batu Burok sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong di negeri ini.

Salah seorang daripada 13 peniaga, Ros Idayu Mohamad Deris, 41, mendakwa, sistem perparitan kerap tersumbat, air bercampur dengan minyak dan bertakung sehingga menjadikan permukaan lantai premis makanan licin.

“Bukan sahaja membahayakan keselamatan kami dan pe­langgan, ramai pekerja medan selera mengadu sering menghadapi penyakit kulit akibat terkena takungan tersebut,” dakwanya ketika ditemui di Medan Selera Batu Burok di sini semalam.

Ros Idayu mendakwa sistem perparitan yang tidak diselenggara tersebut juga kadangkala mengeluarkan bau busuk yang menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pelanggan.

Tambahnya, keadaan semakin buruk apabila medan selera itu kerap dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat ekoran kelemahan penyelenggaraan.

“Selain itu, beberapa kemudahan lain juga telah uzur seperti pintu surau wanita yang rosak tanpa diganti sekian lama. Ia menjadi rungutan dan buah mulut ramai pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong,” jelasnya.

Seorang lagi peniaga, Tengku Naziratul Husna Tengku Mazman, 35, mendakwa, mereka ­kecewa kerana masalah tersebut sudah disuarakan kepada MBKT sejak tahun 2017, namun sehingga kini tiada sebarang langkah diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Kami peniaga sudah berusaha memastikan kebersihan ini setakat termampu tetapi tanpa selenggara, semua itu tidak memadai,” dakwanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI