fbpx

Johari sah bertanding Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika menyerahkan borang pertandingan di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pagi tadi. - IHSAN UMNO Online.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ Onn pagi tadi.

Johari adalah pemimpin UMNO keempat yang menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi parti itu.

Tempoh pencalonan juga masih dibuka iaitu sehingga Ahad ini.

Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing.

Selain empat pemimpin itu, dijangka mengemukakan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden adalah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad, juga dikatakan bakal bertanding jawatan sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI