fbpx

Sime Darby catat untung bersih RM389 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sime Darby Berhad (Sime Darby) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM389 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2022 (S2 TK2023), peningkatan 12.8 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. 

Hasil Kumpulan adalah RM11.29 bilion iaitu 7.6 peratus lebih tinggi berbanding RM10.49 bilion yang dicatatkan pada S2 TK2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, bahagian perindustrian merupakan penyumbang utama bagi suku tahun yang dilaporkan, diterajui oleh operasi di Australasia, yang mencatatkan keuntungan lebih tinggi, terutamanya melalui pertumbuhan organik daripada segmen peralatan di Australia serta perniagaan enjin di Singapura.

“Sementara itu, bahagian automotif memperolehi jumlah jualan yang lebih tinggi daripada operasi Malaysia, ia  sekali gus mengimbangi kesan penyusutan margin daripada perniagaan China pada suku tahun yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jeffri menerangkan, melalui pembukaan semula China baru-baru ini serta normalisasi rantaian bekalan, Kumpulan berharap agar prestasi operasi peruncitan kereta di China kembali meningkat.

“Penyempurnaan jualan syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang baru-baru ini, yang menyaksikan keuntungan RM147 juta dicatatkan pada suku tahun semasa, menandakan kami keluar sepenuhnya daripada perniagaan logistik sekali gus membolehkan kami memberi tumpuan  kepada dua perniagaan teras iaitu perindustrian dan automotif di seluruh rantau Asia Pasifik,” tambahnya.

Penyerahan pesanan yang dibuat dalam tempoh bebas SST telah menyokong operasi automotif Kumpulan di Malaysia yang mencatatkan prestasi kukuh pada separuh pertama TK2023. 

Pelancaran model baharu di seluruh operasi serantau Kumpulan juga dijangka membantu mengekalkan momentum jualan yang tinggi dalam jangka masa terdekat. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI