fbpx

Dulu kes RM10, sekarang isu ketirisan besar – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ( depan) ketika menandatangani plak perasmian cawangan SPRM Kuala Selangor. -Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa konsisten menerusi tindakan membasmi rasuah dalam mana-mana pucuk pentadbiran kerajaan yang ada di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tidak timbul isu tindakan hanya diambil selepas perubahan kerajaan kerana berdasarkan ‘track rekod’ 2016 hingga sekarang didapati banyak kes-kes besar telah dibongkarkan sehingga membawa penangkapan individu yang bertanggungjawab.

Katanya, beliau juga telah memberikan maklumbalas kepada Parlimen baru-baru ini yang disampaikan Perdana Menteri bahawa SPRM telah mengubah cara strateginya dalam penyiasatan kes.

“Kalau dulu, ambil semua kes walaupun kes RM10. Tetapi sekarang dalam tempoh 2016 ke atas, SPRM fokus terhadap isu kehilangan besar kepada sebuah negeri atau negara.

“Track rekod ini telah kita buktikan daripada 2016 sehingga sekarang dengan dilaporkan banyak kes besar. Ini seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), (skandal) Air Sabah dengan terjumpa duit RM53juta dalam satu rumah dan rampasan rm63juta dari seseorang selain tangkapan pegawai tinggi kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu SPRM Kuala Selangor di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan SPRM hanya menjalankan siasatan atau tugas mereka selepas berlakunya perubahan kerajaan berbanding semasa kerajaan itu berkuasa.

Justeru, Azam Baki menafikan sebarang tomahan berkaitannya dengan SPRM berkhidmat dengan penuh konsisten dan sama dalam mana-mana parti memerintah di negara ini.

“Jadi saya rasa tiada sebab orang nak katakan kami ni alat kepada sesiapa.Sekiranya ada laporan dan maklumat berasas isu rasuah, salahguna kuasa atau berkaitan kes-kes berkenaan, tindakan akan diambil.

“Malah, track rekod juga sehingga sekarang, pelbagai ahli politik telah pun ditangkap dan dituduh daripada pelbagai parti politik,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI