fbpx

61 PATI penempatan haram di Nilai Spring dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH penempatan haram diduduki PATI warga Indonesia diserbu Jabatan Imigresen Malaysia dalam serbuan di Nilai Spring, Nilai di sini. FOTO : IHSAN JABATAN IMIGRESEN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN – Jabatan Imigresen Malaysia telah menghantar pulang seramai 61 daripada 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan dalam serbuan di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, Nilai di sini ke negara asal mereka hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, 61 PATI itu terdiri daripada tujuh lelaki, 18 perempuan, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 orang kanak-kanak perempuan.

“Mereka akan dipindahkan untuk kembali ke negara asal pada 23 Februari 2023 (hari ini). Kesemua tahaban juga akan disenaraihitamkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Menurut Kennith, lima PATI daripada keseluruhan yang ditahan pula telah didakwa di Mahkamah Seremban dan dijatuhi hukuman penjara antara lapan hingga 10 bulan pada 16 Februari lalu.

“Manakala, seorang daripadanya telah dibebaskan kepada majikan kerana telah berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pada awal Februari lalu, seramai 67 orang PATI termasuk 36 orang kanak-kanak telah ditahan dalam serbuan bersepadu yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing yang terletak 1.2 kilometer di dalam hutan di Nilai Spring, Nilai di sini.

Operasi yang turut dibantu pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati kawasan tersebut terletak di permukaan yang tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

Perkampungan haram tersebut memiliki kemudahan persekolahan mengikut sukatan pendidikan negara jiran serta dilengkapi beberapa unit set generator sebagai punca kuasa elektrik.

Operasi yang dijalankan hasil maklumat awam dan risikan selama sebulan itu turut menemukan beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI