fbpx

Raduan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raduan.

SHAH ALAM – Datuk Dr. Raduan Che Rose dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Februari lalu.

Pelantikan Raduan yang juga Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) telah dipersetujui Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan, Raduan menggantikan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang memegang jawatan berkenaan sejak 18 Januari 2021.

Katanya, Raduan merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka dan mendapatkan pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Masters di University of Stirling, Scotland dan PhD di Leeds Business School, University of Leeds, U.K.

“Beliau adalah Profesor bidang Pengurusan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan ahli akademik yang mempunyai pengalaman sangat luas dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi atas penglibatannya sebagai pemimpin utama di universiti awam serta swasta termasuk pergerakan persatuan akademik negara.

“Antara lain, beliau pernah menjadi Naib Canselor di Universiti Malaysia Kelantan serta berjaya melakukan kemajuan dan perubahan yang sangat pesat dan berkesan sepanjang tempoh perkhidmatannya di universiti itu,” katanya.

Jelas UiTM, Raduan turut mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam mengenai Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara atas peranannya yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Ini seterusnya memberikan beliau terhadap input kepakaran dalam pelaksanaan program dan agenda memajukan sektor Pendidikan tinggi negara.

“Sebelumnya, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).
“Beliau juga pernah menerajui Persatuan Pegawai Akademik Kebangsaan di samping Presiden Persatuan Pegawai Akademik, UPM,” katanya.

Mengulas lanjut, UiTM menjelaskan, Raduan yang ketika ini adalah Presiden MPN yang berfungsi untuk
menggerakkan kepakaran akademik negara untuk melakukan Advokasi awam serta memberi input kepakaran kepada pihak kerajaan, masyarakat dan industri.

“Selain itu, beliau juga memainkan peranan melalui penyertaan dalam pelbagai Jawatankuasa Penasihatan di pelbagai Kementerian dan Industri, pertubuhan professional di dalam dan luar negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN