fbpx

Irama desa Darmas, signatur John Bear, Leo Azman bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama Darmas, John Bear dan Leo Azman dilihat mampu menjual muzik tradisional ke pasaran arus perdana.

DALAM dunia serba moden dan kebanyakan penggiat seni tanah air dilihat menghala ke arah muzik antarabangsa, kumpulan Darmas sebaliknya memilih kekal dengan jati diri Melayu.

Menerusi dua buah lagu baharu mereka berjudul Nelayan Moden dan Pemegang Dunia, Darmas membawa gelombang pembaharuan buat muzik tradisional dan mengaplikasikannya dalam muzik arus perdana.

Pembaharuan tersebut diterjemahkan menerusi lagu Nelayan Moden menampilkan kolaborasi bersama John Bear dan vokalis kumpulan Nastia, Leo Azman untuk lagu Pemegang Dunia.

Bukan sekadar mengekalkan instrumen rebana dan kulintangan, Darmas juga memperjuangkan intipati muzik Melayu yang menembus budaya pop semasa.

Purnama Maqasuci yang merupakan penerbit bersama Darmas menyifatkan umpulan itu hadir dengan misi membuatkan pendengar berfikir, selain dapat menyentuh perasaan dan menyampaikan mesej dengan baik.

Rentak desa, jati diri Melayu dan Nusantara dengan elemen tradisional menjadikan Darmas sebuah kumpulan muzik yang cukup unik. – SADDAM YUSOFF

Karya desa, Nusantara

John yang merupakan penyanyi kumpulan Budak Nakal Hujung Simpang pula berasa amat berbesar hati apabila diajukan tawaran menyanyikan lagu Nelayan Moden yang padat dengan mesej serta penulisan lirik unik.

“Pada mulanya saya amat cemas dan gementar nak menyanyikan lagu ini.

“Saya sedar dengan kemampuan sendiri tetapi disebabkan kepercayaan dan tunjuk ajar, alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” tuturnya.

Dengan kesempatan yang diberikan, John meletakkan harapan agar lagu berirama desa dan Nusantara kembali diterima ramai terutamanya oleh generasi muda.

“Mungkin sebelum ini mereka (golongan anak muda) kurang ada pilihan. Jadi biarlah lagu-lagu ini memilih jalan takdirnya sendiri,” tambahnya berseloroh.

Sementara itu menerusi Pemegang Dunia, Leo berkata, gabungan gaya muzik masa kini dan pengaruh irama tradisional menyajikan sesuatu yang segar untuk peminat tempatan.

Tambahnya, genre lagu berkenaan tidak lari jauh daripada apa yang dibawakan Nastia selama ini dan mungkin itulah menjadi faktor mengapa Darmas memilih dirinya menyanyikan Pemegang Dunia.

“Saya harap Darmas akan terus hasilkan karya-karya Nusantara seperti ini. Genre mereka sangat kurang di Malaysia,” katanya lagi.
Nelayan Moden dan Pemegang Dunia boleh dimuat turun dalam iTunes dan dinikmati menerusi semua platfrom penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBox dan YouTube Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI