fbpx

Terengganu bakal kuat kuasa kesalahan individu Muslim berpakaian seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanafiah (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video pendek pada sambutan Hari Hijab peringkat Terengganu di Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 terhadap kesalahan lelaki dan wanita Muslim yang berpakaian mencolok mata bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri berpandangan sudah tiba masanya pindaan enakmen yang diluluskan pada akhir tahun itu dikuatkuasakan.

“Sebelum ini, penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil pendekatan berhikmah dengan menegur dan menasihat individu yang memakai mencolok mata berkenaan.

“Begitupun sudah masanya, enakmen pemakaian bagi individu Muslim yang telah diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Disember tahun lalu tersebut dikuatkuasakan,” katanya selepas merasmikan Hari Hijab peringkat Terengganu di sini hari ini.

Berpakaian tidak sopan di tempat awam dan mendedahkan bahagian tubuh pada pandangan umum yang menimbulkan ghairah kini merupakan kesalahan syariah di Terengganu.

Ia selaras dengan pindaan Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 pada Sidang DUN negeri pada 1 Disember tahun lalu.

Individu yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI