fbpx

Deepika Padukone selamba naik kelas ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE

BERADA dalam senarai pelakon Bollywood kelas A, Deepika Padukone tentu saja mengecapi gaya hidup mewah yang menjadi dambaan ramai.

Malah status pelakon yang berjaya menembusi pasaran Hollywood itu turut dicemburui ramai melihatkan pencapaian dimilikinya.

Berbeza dengan gambaran sesetengah pihak yang bercerita tentang kesombongan aktrea tinggi lampai itu, Deepika hakikatnya sangat merendah diri tanpa mengharapkan layanan kelas A untuk keselesaan.

Situasi tersebut dikongsi peminat yang tersempak dengan isteri kepada aktor Ranvir Singh itu di Lapangan Terbang Los Angeles baru-baru ini.

Biarpun melalui penerbangan selama 16 jam dan duduk di kelas ekonomi, Deepika tetap memenuhi permintaan peminat untuk bergambar.

“Deepika Padukone memang bintang hebat. Sentiasa tersenyum walaupun lelah mengharungi 16 jam penerbangan. Anda seorang ratu,” puji peminat yang mengakui terharu dengan sikap merendah diri aktres popular itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI