fbpx

Mahkamah: Lima lelaki Myanmar direman kes bunuh tauke kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA lelaki warga Myanmar dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk perintah reman bagi membantu siasatan. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

PORT DICKSON – Lima lelaki warga Myanmar ditahan reman seminggu bermula hari ini susulan kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga yang ditemui dalam keadaan kaki dan tangan berikat di Tanah Merah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, perintah reman ke atas kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret V.Vanita di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini.

“Perintah reman terhadap lima suspek warga Myanmar itu dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Februari depan.

“Seorang daripada suspek berusia 20 tahun telah berjaya ditahan di Pasar Borong Selayang malam tadi sebelum dibawa bersama untuk perintah reman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Operasi Khas (D8) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) telah menahan seorang lagi suspek warga Nyanmar berusia 20 tahun pada pukul 11.15 malam tadi.l di Pasar Borong Selayang, Selangor.

“Beberapa barang dirampas daripada suspek iaitu sebuah telefon bimbit jenis Oppo, sehelai seluar slack warna hitam dan sehelai baju berkolar warna hitam,” katanya.

Semalam media melaporkan, seorang pemilik kebun ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan berikat di sebuah kebun buah naga Site A, Tanah Merah di sini kelmarin dipercayai bermotifkan dendam.

Bertindak atas maklumat, dalam tempoh kurang 24 jam pihak polis berjaya menahan empat lelaki warganegara Myanmar di Shah Alam, Selangor pada pukul 11.40 pagi semalam.

Siasatan awal terhadap suspek mereka mengaku terlibat dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI