fbpx

Lady Gaga jadi Harley Quinn dalam Joker 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY GAGA

FILEM Joker 2 yang dijangka ditayangkan pada 2024 menampilkan penyanyi tersohor, Lady Gaga sebagai Harley Quinn.

Perkara tersebut terbongkar selepas dibocorkan sendiri oleh pengarahnya, Todd Phillips apabila memberi bayangan bahawa Gaga adalah pemegang watak Harley Quinn.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Phillips dalam Instagram miliknya, dia berkongsi gambar penyanyi lagu Sour Candy itu bersama pelakon Joaquin Phoenix yang memegang watak sebagai Joker.

“Selamat hari kekasih,” ujar Phillips.

Sementara itu, Gaga juga turut berkongsi foto yang sama dalam Instagram miliknya, sekali gus menguatkan andaian dirinya memang terbabit dalam filem Joker 2 pada tahun hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI