fbpx

[VIDEO] Trafik sesak lebih 10KM, lori bawa ayam hidup terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori membawa muatan bekalan ayam hidup terbalik di KM221.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Melaka, tadi.

ALOR GAJAH – Aliran trafik di Kilometer 221.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara sesak lebih 10 kilometer susulan nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan bekalan ayam hidup, di sini, tadi.

Menurut maklumat di Twitter Plustrafik, setakat pukul 10.03 malam tadi, kesesakan itu berlaku susulan lorong kiri dan tengah jalan masih terhalang dengan lori terbabit yang melintangi laluan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu turut mengesahkan kemalangan itu dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu lori berusia 44 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati kemalangan berlaku selepas tayar belakang kiri lori tersebut pecah lalu menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

“Lori yang membawa muatan ayam hidup itu kemudian telah terbalik di lorong kiri dan tengah, menyebabkan berlakunya kesesakan trafik,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI