fbpx

Tiga maut motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat salah seorang mangsa kemalangan di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi, Johor Bahru, petang hari ini. - IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak menemui ajal apabila motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi di sini petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.17 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohammad Shahril Abdullah, 38, Habsah Jailani, 41 dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berkenaan.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dengan sebuah lori Mitsubishi Fuso.

“Penunggang dan pembonceng telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PKO bertindak membantu mengangkat dan menyerahkan mangsa yang terlibat kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun hubungan ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi ditamatkan pada pukul 5.50 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI