fbpx

Lantaklah, Xone pesaing Dolla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Xone dengan identiti muzik M-pop memberi lebih kehangatan yang selama ini didominasi Dolla dan DeFam. - INSTAGRAM.

SEJUJURNYA, kewujudan kumpulan yang menggunakan nama Xone belum sampai ke pengetahuan penulis hinggalah seorang rakan memberi rekomendasi untuk meminjamkan sedikit pemerhatian terhadap debut lagu mereka berjudul Lantaklah.

Pada mulanya sedikit skeptikal, namun setelah ‘mengorek’ di Spotify dan YouTube, memang tidak dapat dinafikan duo yang dianggotai dua wanita muda bernama Nelysa dan Ellya itu mempunyai potensi besar untuk diketengahkan.

Mungkin mereka boleh memeriahkan kumpulan wanita M-Pop sedia ada, sekali gus memberi saingan sihat terhadap grup wanita lain seperti DeFam dan Dolla.

Lantaklah yang merupakan ciptaan Audi Mok, Nelysa dan Shazee Ishak merupakan karya debut yang berkualiti mudah melekat di halwa telinga sesiapa yang mendengar.

Kalau tidak mengomel sedikit tentang kehadiran Xone dalam industri, rasanya itu satu perihal berbentuk pembaziran kerana bakat seperti mereka layak dicanang agar ramai lebih tahu atau cakna bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan bakat muzik cumanya sama ada ‘didendang’ selayaknya atau sebaliknya.

Dance pop

Berbalik Lantaklah, lagu tersebut terkandung nilai besar sebuah karya dance pop yang sempurna pelbagai aspek seperti komposisi melodi, rap dan tarian atau koreografi bersihat ‘mahal’.

Sekiranya kalian masih tidak lazim, buat satu bakti atau jasa dengan menonton klip video rasmi Lantaklah dalam YouTube dan ucapkan terima kasih kepada penulis nanti.

Tidak mahu membanding-bandingkan Xone dengan Dolla, namun kehadiran mereka wajar diraikan dan disambut dengan baik.

Belum berkesempatan menonton atau melihat Xone membuat persembahan secara ‘live’ tetapi, berdasarkan versi studio atau rakaman lagu tersebut, mereka bagus dan tidak sabar untuk melihat apa yang bakal dibuktikan pada masa hadapan.

Sebagai peminat genre hip-hop, bahagian 1:00 sangat mengujakan. Nelysa punya gaya rap sangat memberi dampak luar biasa.

Bahagian dance break sekitar minit 2:05 juga sangat-sangat menghiburkan dan terkandung elemen ‘next level’ buat kumpulan atau group wanita M-Pop.

Bahagian korus lagu Lantaklah mudah melekat dalam kepala sesiapa yang mendengar, termasuklah penulis.

Catchy dan pasukan ‘marketing’ Xone sekarang ada satu tugasan. Teruskan menjadikan debut Xone tular dalam TikTok. Platform tersebut paling berkesan sekarang. Orang yang tidaknterkenal pun boleh menjadi bintang dalam sekelip mata.

Kredit juga wajar diberikan kepada pengarah klip video Lantaklah. Sebagai single perdana, ini satu pekerjaan yang sangat cemerlang.

Material AJL

Sudah terbayang juga jika satu hari nanti, Lantaklah bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Memang meriah. Kalau ikut ‘kelayakan’, Lantaklah mempunyai peluang cerah.

Syabas buat Xone dan teruskan bekerja dan berkarya. Lantaklah merupakan sebuah karya yang wajar didendang dan dicanang kerana kalian adalah masa depan atau perintis muzik M-Pop negara.

Dahulu kita ada DeFam dan terbaharu, Dolla dan kini Xone datang mewarnai persada muzik tempatan. Syabas dan teruslah membuktikan kepada dunia M-Pop juga memiliki potensi besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI