fbpx

‘Raja’ Muay Thai peluk Islam kahwin gadis Selatan Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodtang Jitmuangnon bernikah dengan Aida Looksaikongdin di selatan Thailand pada minggu lalu. - Foto [email protected]

BANGKOK – Peserta Thailand yang menyertai pertandingan program seni mempertahankan diri, ONE Championship, Rodtang Jitmuangnon mengesahkan dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan gadis Muslim, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Dia yang terkenal dengan gelaran ‘Raja’ seni mempertahankan diri Muay Thai, mengahwini rakan seperjuangannya, Aida Looksaikongdin dalam perkahwinan tradisi masyarakat Islam.

Setelah menjadi sami Buddha pada bulan lalu, warga Thailand berusia 25 tahun itu kini mengesahkan dia memilih untuk mengikut agama isterinya dan bernikah dengan Aida di selatan Thailand pada minggu lalu.

Apabila seorang peminat bertanya kepadanya, adakah anda beragama Islam berikutan perkahwinannya dengan Aida yang turut muncul di hadapan kamera dalam video Instagram, Rodtang menjawab: “Ya, Alhamdulillah”.

“Kami menjadikannya saudara, dia Islam sekarang,” tambah jurubahasanya.

Peminat-peminat lain, ramai daripada mereka dari Malaysia turut mengucapkan tahniah atas perkahwinannya dan penukaran agamanya dengan seorang peminat berkata: “Selamat Memeluk Islam”. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI