fbpx

Penunggang motosikal main redah langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ ketika operasi Ops Merah yang dijalankan selama tiga hari di Seberang Perai, baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 56 pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dikesan gagal mematuhi peraturan berhenti ketika lampu merah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu operasi berfokus yang berakhir semalam.

Menurut JPJ negeri dalam satu kenyataan, penguatkuasaan secara berfokus atau Ops Merah itu dilakukan selama tiga hari di dua daerah negeri ini iaitu di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

“Operasi ini dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Pulau Pinang dan akan diteruskan selagi tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya masih rendah khususnya dalam mematuhi peraturan berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Mengabaikan aspek keselamatan ini boleh menjurus kepada kemalangan serta berisiko (berdepan) kemalangan maut,” kata kenyataan itu.

Selain kesalahan melanggar lampu merah, 22 kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsurans dan tidak memakai topi keledar turut dikesan dalam operasi berkenaan.

Dalam pada itu, JPJ Pulau Pinang turut menasihatkan para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan saman.

Pada masa yang sama katanya, mereka juga perlu memastikan agar pemanduan selamat sentiasa dilaksanakan kerana keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI