fbpx

Mahkamah: Jurutera JKR didakwa lagi kes ubah wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izwan (kameja putih) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sebelum ini pernah dituduh kes rasuah didakwa lagi di tiga Mahkamah Sesyen hari ini atas 11 tuduhan pengubahan wang haram dan dua lagi pertuduhan iaitu menipu serta rasuah berjumlah RM131,600.

Tertuduh Izwan Mashuri, 40, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Izwan didakwa mengarahkan seorang lelaki untuk membuat pindahan wang RM68,600 dari akaun Bank Islam Malaysia Berhad milik SBR Consultant ke akaun Malayan Banking Berhad milik seorang wanita.

Kesalahan dilakukan di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Selayang, Batu Caves, di sini pada 9 Mac hingga 2 Disember 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi pertuduhan rasuah, Izwan didakwa menerima RM43,000 daripada seorang lelaki menerusi akaun CIMB Bank milik sebuah syarikat ke akaun Bank Islam milik SBR Consultant.

Rasuah itu sebagai upah mencadangkan perlantikan syarikat kawalan lelaki berkenaan sebagai subkontraktor bagi kontrak projek penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan semenanjung Malaysia.

Untuk pertuduhan menipu, tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki kononnnya boleh mencadangkan sebuah syarikat mendapatkan kerja perunding reka bentuk bagi projek penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri semenanjung Malaysia kepada sebuah lagi syarikat lain.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan RM20,000 ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad milik syarikat SBR Consultant di lokasi sama, pada 7 Februari dan 24 Mac 2021.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa dan Aznika Mohd. Anas manakala Izwan diwakili peguam Nur Faida Mohd. Rashidee

Mahkamah membenarkan Izwan diikat jamin RM53,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 20 dan 21 Mac serta 6 April ini untuk sebutan semula kes.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI