fbpx
Gambar Hiasan

Ustaz ‘makan’ duit haram, isteri minta cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERCERAIAN merupakan jalan paling akhir bagi menyelesaikan belenggu atau masalah dalam rumah tangga.

Meskipun ia satu perkara yang ‘sakit’ untuk diterima, namun keputusan itu perlu diambil bagi mengubat jiwa raga seseorang.

Berkongsi kisah bersama K2, Aminah (bukan nama sebenar) merupakan seorang isteri yang bekerja sebagai ustazah di sebuah sekolah agama milik kerajaan.

Ujar anak kelahiran Bidor, Perak itu, dia bertemu suaminya buat kali pertama di sekolah agama tempat mengajar kira-kira lima tahun lalu.

“Di sekolah, kami panggil dia Ustaz Khairi (bukan nama sebenar). Dia lebih awal mengajar di sekolah itu dan merupakan pemangku kepada guru besar dalam hal-hal tertentu.

“Entah bagaimana, perkenalan ringkas kami ketika saya baru mendaftarkan diri di sekolah tersebut bertukar kepada perasaan lain (cinta).

“Bermula dari situ, kami saling mengenali antara satu sama lain. Setelah hampir setahun mengenali, kami putuskan untuk bernikah,” katanya.

Selepas disatukan, pasangan itu tinggal di sebuah rumah sewa di hujung kampung yang tidak begitu jauh dengan sekolah mereka mengajar.

Kata Aminah, di awal perkahwinan, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu memahami dan boleh membimbingnya ke jalan Allah SWT.

Pun begitu, bak kata orang, manusia boleh berubah.

Begitu juga yang berlaku kepada Khairi tatkala usia perkahwinan mereka memasuki tahun ketiga.

Ujar Aminah, perkara pertama dilakukan Khairi adalah memintanya untuk berhenti daripada mengajar dan duduk di rumah menjaga dua cahaya mata mereka.

Biarpun terlalu mencintai kerjaya guru, namun Aminah terpaksa akur dengan arahan ‘imamnya’ itu.

“Kalau ikutkan hati, saya memang tidak mahu berhenti mengajar sebab guru merupakan kerjaya impian saya sejak kecil.

“Disebabkan ia arahan daripada suami, saya kena ikut. Syurga saya di bawah tapak kakinya. Saya ikutkan apa kemahuan dan kehendaknya,” ujarnya.

Selang beberapa tahun, dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya.

Aminah berasa pelik apabila melihat suaminya semakin mewah dari segi pendapatan dan beberapa kali membawanya serta anak-anak bercuti.

Bukan itu saja, Khairi juga membelikan barang kemas kepada Aminah ketika hari ulang tahun perkahwinan dan kelahiran.

“Saya jadi pelik dengan suami. Biarpun jawatannya agak tinggi, tetapi gajinya bukanlah besar mana di sekolah agama. Bila saya tanya suami, dia kata dapat sedikit rezeki dan bonus yang diberikan kerajaan melalui sekolah, selain elaun kerja tambahan.

“Pada mulanya, saya percaya sahaja. Namun lama-kelamaan, saya dengar dari mulut rakan-rakan guru lama mengenai perbuatan rasuah dilakukan Khairi,” tutur wanita berusia lewat 30-an itu.

Cerita Aminah, pada satu hari, suaminya telah ditahan pihak berkuasa di rumah ketika sedang berehat untuk membantu siasatan kes rasuah.

Khairi beberapa kali ditahan dan direman bagi membantu siasatan.

Khairi juga telah mengakui sendiri kesilapannya mengambil rasuah dalam projek penambahbaikan sekolah agama kepada Aminah.

Disebabkan itu, Aminah nekad meminta cerai daripada Khairi.

Katanya, dia sanggup menjaga dan membesarkan dua anak mereka dengan titik peluh sendiri daripada makan duit rasuah yang bukan kepunyaannya.

Keputusan Aminah itu tepat kerana selepas beberapa minggu, Khairi telah dihukum penjara selama 18 bulan akibat perbuatan rasuah dilakukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN