fbpx

Wanita lahir kembar 5 selepas miliki 7 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua bayi kembar Dominika dan Vince diletakkan di dalam inkubator ketika ini. - EPA

WARSAW – Sepasang suami isteri warga Britain dan Poland menyambut kelahiran bayi kembar lima mereka selepas sudah sudah mempunyai tujuh orang anak setakat ini, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Dominika dan suaminya, Vince Clarke mempunyai anak berusia 12 tahun, 10 tahun, sepasang kembar berusia tujuh tahun, sepasang kembar berusia empat tahun dan seorang bayi 10 bulan. 

Lima bayi kembar yang baru dilahirkan di Hospital Universiti Krakow di Poland itu dinamakan sebagai Charles Patrick, Henry James, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Arianna Daisy.

Kanak-kanak tersebut dilahirkan menerusi kaedah pembedahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan manakala berat badan mereka adalah antara 0.7 kilogram (kg) hingga 1.39 kg.

“Saya berasa hebat. Jauh lebih baik daripada sangkaan. Bayi-bayi itu sedang berehat dan keadaan mereka stabil. Ini adalah sesuatu yang luar biasa yang tidak dikurniakan kepada semua orang.

“Kehamilan seperti ini berlaku satu dalam 52 juta. Saya seorang ahli matematik, jadi saya suka statistik sedemikian,” kata Dominika.

Dalam tempoh 10 minggu lalu, Vince yang berasal dari bandar Carlisle, England tinggal di rumah untuk menjaga tujuh lagi anak mereka manakala Dominica kekal di bawah pemerhatian kakitangan hospital.

Hospital Universiti Krakow berkata menerusi laman Facebook: “Pada hari Ahad, 12 Februari 2023, selepas pukul 2 petang (waktu tempatan), kami mengalu-alukan kelahiran kembar lima ke dunia ini,” kata kenyataan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI