fbpx

The8 cedera, patah tulang selangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THE8

PENYANYI kumpulan Seventeen, The8 menggemparkan ramai apabila dikhabarkan mengalami kecederaan serius. Dia kini sedang menerima rawatan akibat patah tulang selangka di sebelah kiri.

Sepanjang tempoh rawatan, jejaka asal China itu terpaksa memakai sejenis alat pendakap bagi menghadkan pergerakan dan sembuh dengan baik.

Kecederaan mengejutkan tersebut diumumkan pengurusannya Pledis Entertainment.

Meskipun mengalami kecederaan, The8 yang terpaksa menangguhkan jadual seninya tetap meneruskan penglibatan dalam acara Carat Day Live dan 2023 SVT 7th Fan Meeting

Selain acara tersebut, segala aktiviti yang melibatkan pergerakan lasak akan ditangguhkan sehingga keadaannya pulih.

Sehingga kini juga, pengurusan The8 masih enggan mendedahkan punca kecederaan yang dialami pemilik nama asal Xu Minghao itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI