fbpx

Prife International hantar bantuan ke Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jimmy (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Jacob (tiga dari kiri) untuk disampaikan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Prife International menerusi Yayasan Prife menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Methodist Crisis Relief And Development (MCRD) sebagai dana bantuan untuk membantu mangsa gempa di Turkiye dan Syria.

Timbalan Presiden Kumpulan Prife International, Dr. Jimmy Chong berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu mangsa gempa­ selepas ia melibatkan lebih 40,000 kematian dan kemus­nahan yang melampau.

Beliau yang juga pengasas Yayasan Prife turut menyatakan simpati kepada seluruh warga penduduk Turkiye dan Syria kerana ditimpa ujian yang begitu besar.

“Prife International baru saja memulakan yayasan Prife khusus untuk membantu masyarakat secara global.

“Wang RM100,000 ini juga hasil daripada kumpulan kami (Prife) yang mana telah dikumpul daripada pelbagai negara dan kini akan diberikan kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jimmy berkata, Yayasan Prife yang akan dilancarkan pada 12 Mac ini turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghulur atau mendapatkan bantuan.

“Kita akan lancarkan yayasan ini pada bulan hadapan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam melibatkan lebih 13 negara.

“Sekiranya, ada lagi bantuan, kami tidak keberatan untuk te­rus membantu,” ujarnya.

Prife International yang baru bertapak di Malaysia pada 2021 telah berkembang ke 50 negara selain terkenal dengan produk kesihatan keluarannya iaitu iTera­­Care.

Sementara itu, Pengerusi MCRD, Jacob Lee berkata, pihak­nya terbuka untuk bekerjasama bersama Yayasan Prife.

“Bantuan RM250,000 akan diberikan kepada Mercy Malaysia untuk dibawa ke Turkiye pada Mac ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI