fbpx

Dewan Rakyat: Lebih 300 anggota polis ditukar kerana masalah disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lalu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.

“Pertukaran tersebut dilakukan, kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,” jelas jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Jawapan tersebut disediakan bagi menjawab pertanyaan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.

Menurut KDN, antara isu dan kesalahan dilakukan pegawai yang ditukarkan adalah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin dan terlibat dalam kegiatan serta aktiviti tidak bermoral.

KDN memaklumkan pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI