fbpx

Warga asing berdiri tengah jalan demi rakam gambar lori berhias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga asing sanggup keluar dari kenderaan pikapnya hanya kerana mahu merakam gambar lori 10 tayar di wilyah Isaan pada Jumaat lalu. - Foto Thaiger

BANGKOK – Seorang pelancong asing di Thailand dikecam kerana memberhentikan dan keluar dari kenderaan pikap yang dipandunya sebelum berdiri di tengah jalan raya semata-mata mahu merakam gambar lori 10 roda yang dihias, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pemandu lori berkenaan kemudian merakam video memaparkan gelagat warga asing itu sebelum memuat naiknya di akaun TikTok, zico.shock Jumaat lalu.

Rakaman tersebut menunjukkan pelancong asing berkenaan langsung tidak mengendahkan persekitaran jalan raya itu di Sakhon Nakhon, wilayah Isaan.

Dalam rakaman video itu, warga asing berkenaan meletakkan kenderaan pikap berwarna jingga di hadapan lori tersebut dan cuba merakamkan gambarnya menggunakan telefon bimbit.

Namun, dia tidak menyedari bahawa perbuatannya itu telah menyebabkan lalu lintas terhenti kerana mengambil masa yang lama untuk mengendalikan telefon bimbitnya.

Video itu menjadi tular TikTok Thailand dengan mendapat lebih 360,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI