fbpx

Jual roti canai, martabak mini RM1 masih untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. GHAZALI menjual roti canai dan martabak mini pada harga RM1 di gerainya di Kelang Lama, Kulim semalam.

KULIM – Seorang peniaga gerai di Kelang Lama di sini masih mengekalkan harga jualan roti canai dan martabak mini pada harga RM1 sekeping sejak 22 tahun lalu.

Mohd. Ghazali Hussin, 53, berkata, dia tidak bercadang untuk menaikkan harga dua juadah tersebut walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah.

Dia mengakui harga barang sudah meningkat, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana masih mendapat keuntungan walaupun tidak banyak.

Katanya, dia juga tetap mengekalkan kualiti dan kuantiti bahan untuk menghasilkan roti canai serta martabak mini.

“Berniaga ini memang punca pendapatan saya, namun saya juga mahu beramal dengan menjual makanan pada harga murah bagi meringankan beban pengguna,” katanya ketika ditemui di gerai Roti Canai dan Martabak Ekonomi Pak Ali di sini semalam.

Mohd. Ghazali memberitahu, gerainya yang terletak berhampiran Arked Mara Kulim Mall beroperasi seawal pukul 7 pagi dan menjadi tumpuan orang ramai yang singgah untuk bersarapan atau membungkus makanan sebelum ke tempat kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI