fbpx

Sukan bola sepak ‘ejen’ penyatuan, perpaduan masyarakat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Sukan bola sepak di negara ini dilihat mampu menjadi ‘ejen’ bagi penyatuan rakyat serta membangkit semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata bola sepak dianggap sebagai ‘the beautiful game’ dan merupakan sukan bersifat universal.

Katanya, negara ini sememangnya terkenal dengan kejohanan bola sepak terutama Piala Merdeka yang diadakan semasa negara menyambut Hari Kebangsaan yang merupakan antara kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia.

“Stadium Merdeka akan sentiasa di banjiri penyokong bola sepak daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.

“Sorakan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia sama ada menang atau kalah bukan isunya kerana yang penting ialah semangat menyokong pasukan negara sehingga wisel penamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Rakan Penyiar Liga Super 2023 di sini hari ini.

Tambahnya, semangat perpaduan sedia ada di dalam jiwa masyarakat di negara ini melalui sukan bola sepak perlu diperkukuh dan diperkasakan agar masyarakat mampu menghadapi sebarang ujian secara bersama di masa akan datang.

Dalam pada itu, Fahmi berkata RTM akan menyiarkan 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung buat para peminat sukan bola sepak tanah air.

Ujarnya, siaran tersebut melibatkan beberapa saingan termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia melalui saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.

“Hasrat kementerian untuk memberi kepuasan kepada peminat bola sepak melalui siaran berdefinasi tinggi serta mengiatkan penglibatan RTM dalam penerbitan rancangan sukan di peringkat domestik yang sejajar dengan misi dan visi RTM.

“Namun di sebalik semua ini, hasrat paling utama ialah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat dan menjadi landasan perpaduan Malaysia Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI