fbpx

Perak mohon peruntukan tambahan naik taraf Jabatan Kecemasan HRPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanesan (tengah) melihat proses pemeriksaan kesihatan secara percuma di Mediklinik Sejahtera, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi memberi keselesaan kepada pesakit.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustaffa untuk memohon peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta.

“Jumaat ini, saya dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akan bertemu dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan beberapa isu fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Sebelum ini, ada peruntukan yang dijanjikan oleh Menteri Kesihatan terdahulu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menaik taraf Unit Kecemasan HRPB yang telah diluluskan, tetapi saya mahu memohon peruntukan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Mediklinik Sejahtera di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan kerana kos untuk menaik taraf hospital meningkat disebabkan kenaikan harga barang.

“Isu tersebut termasuk pembinaan Hospital Kampar baharu yang perlu dilaksanakan segera memandangkan kelulusan sudah dibuat pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan tersebut perlu direalisasikan kerana ia sudah dipersetujui semua pihak termasuk KKM melibat kawasan baharu yang telah dikenal pasti.

“Walaupun Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dalam proses pembinaan hospital tetapi itu bukan hospital kerajaan. Ini kerana keadaan Hospital Kampar kini tidak kondusif untuk kegunaan pesakit mahupun kakitangan,” katanya.

Sementara itu, Sivanesan berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci mengenai dakwaan yang tular di media sosial seorang pesakit wanita kerana memakai seluar pendek diminta meninggalkan Hospital Kampar kerana berpakaian kurang sopan oleh pegawai perubatan bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI