fbpx

MAINS tidak berkompromi isu penyelewengan wang zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz.

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan dalam pengurusan wang zakat.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, pihaknya mengalu-alukan kenyataan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat di Negeri Sembilan.

“Isu ini telah disiasat oleh pihak berkuasa bermula tahun 2019 lagi. Sehubungan itu, MAINS komited memberi kerjasama penuh melalui siasatan yang akan dijalankan oleh agansi penguat kuasa berkaitan.

“MAINS berharap siasatan dapat dijalankan secara terperinci, tuntas dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan pengurusan wang zakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, laporan hasil siasatan tersebut juga amat penting bagi membersihkan imej MAINS dan mengembalikan keyakinan masyarakat Islam terhadap tatakelola pengurusan zakat di Negeri Sembilan.

Semalam, media melaporkan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan kes dakwaan penyelewengan wang zakat yang dikaitkan dengan MAINS dikaji semula untuk melihat keterangan yang ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI