fbpx

Anwar akan ke Turkiye malam ini, jemputan khas Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertolak ke Turkiye malam ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, selain pertemuan dengan Erdogan ia juga sebagai sokongan moral kepada negara yang dilanda gempa bumi minggu lalu.

Anwar berkata, Erdogan sendiri yang menjemput beliau ke sana memandangkan Malaysia antara yang terawal menghantar bantuan kemanusian ke negara itu.

“Saya diminta oleh presiden (Turki) kalau boleh untuk segera ke sana untuk memberikan sokongan moral dan saya telah menimbangkan terpaksa bertolak malam ini untuk ke Turki untuk menunjukkan sokongan kita kerana beberapa negara telah sampai.

“Presiden Tayyip Erdogan telah meminta kalau boleh saya sampai secara peribadi di sana,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI