fbpx

Muar tidak akan ponteng, 100 peratus hadir di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir dalam sidang Parlimen ke-15 hari ini.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjanjikan kehadirannya ke sidang Parlimen ke-15 bakal penuh tanpa sebarang pengecualian.

Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi memaklumkan komitmen tersebut merupakan tiga perkara utama yang akan dikekalkan sepanjang sesi persidangan itu.

“Hari pertama di Parlimen. Saya komitmen dengan tiga perkara. Pertama, kehadiran 100 peratus dan Muar tidak akan ponteng.

“Kedua, politik berpaksikan penyelesaian. Saya akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan membangkitkan isu rakyat dengan memberikan kritikan membina untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Ketiga, mengurangkan mainan politik menyalahkan pihak lain dan lebihkan dwipartisan iaitu saya nak bekerja rentas parti untuk memastikan agenda rakyat diutamakan,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, pilihan raya sudah tamat dan kini adalah masanya untuk semua pihak memberi tumpuan dalam berkhidmat kepada rakyat.

Terdahulu, istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI