fbpx

Operasi SAR cari kanak-kanak hanyut diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR menyelamatkan seorang lagi mangsa kanak-kanak hanyut diteruskan pagi ini.

AMPANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang daripada dua kanak-kanak lelaki yang tergelincir sebelum hanyut dalam sebuah longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang, di sini, semalam diteruskan pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, seorang mangsa kanak-kanak berusia 8 tahun ditemui maut berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya kini menjalankan kerja menyelamat dan mengesan mangsa kedua yang berusia 10 tahun.

“Hasil operasi polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya menemui mangsa pertama yang telah meninggal dunia, manakala kerja menyelamat dan mengesan mangsa kedua sedang giat dijalankan.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua kanak itu bermain air di kawasan longkang sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR) dan ibu bapa mangsa disiasat dibawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, mangsa pertama, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd. Noor Hafizan, 8, ditemui maut kira kira 200 meter dari lokasi kejadian manakala mangsa kedua Muhammad Rizqullah Mohd. Shafie, 10, belum ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI