fbpx

BN Pusat sokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) Pusat mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pendirian itu sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia telah dibentuk untuk menyelaras semua parti-parti yang mengasaskannya.

“Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan Sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah.

“BN Sabah dipertanggung-jawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan sekaligus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zambry berkata, BN Pusat menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin Januari lalu mengumumkan UMNO dan BN Sabah menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Bagaimanapun, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah kemudian menegaskan mereka tidak menyokong keputusan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI