fbpx

Cuaca buruk di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di 10 buah negeri dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.

Turut terlibat adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Kedah ia melibatkan kawasan sekitar Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang adalah Seberang Perai Selatan. Bagi negeri Perak ia membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Untuk Pahang pula, ramalan sama turut dikeluarkan untuk kawasan sekitar Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,”ujar MetMalaysia.

Kata MetMalaysia, hampir semua kawasan di empat iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Melaka diramal mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini.

“Bagi Negeri Sembilan pula, ia membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala di Johor ia melibatkan satu daerah iaitu Segamat.

“Keadaan cuaca itu dijangka berlarutan sehingga pukul 7 petang nanti,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI