fbpx

Kuhan tambah ‘peluru’ pukulan sudut penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUHAN memulakan tugasannya sebagai penasihat pukulan sudut penalti kepada semua pasukan kebangsaan dalam sesi latihan skuad remaja di Stadium Hoki Nasional hari ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Aspek pukulan sudut penalti bakal menjadi ‘senjata’ utama buat skuad hoki remaja lelaki negara pada Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Kuala Lumpur dari 5 hingga 16 Disember nanti.

Ia selepas skuad Young Tigers mendapat sentuhan legenda negara yang juga pakar pukulan sudut penalti, S. Kuhan untuk mempertajamkan penyudah barisan flicker remaja negara dalam usaha mencari gol.

“Memang saya akui hoki kini sudah banyak perbezaan ketika zaman saya bermain. Ada banyak pembaharuan teknik terutama dari sudut pertahanan pukulan sudut penalti.

“Idea sekarang adalah menilai kebolehan teknik semua pemain dan cuba perbaiki mana yang perlu. Mungkin boleh tunjuk ajar cara berbeza seperti jangan fikir banyak sangat, cuma tumpu kepada jaringkan gol,” katanya.

Kuhan, 47, memulakan tugasnya sebagai penasihat pukulan sudut penalti negara apabila menghadiri sesi latihan skuad remaja kendalian Muhamad Amin Rahim di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

KUHAN

Ketika ini, lima pemain muda sudah dikenal pasti untuk dibentuk sebagai flicker utama antaranya Shamie Irfan Suhaimi, Fauzan Shah, Amirul Hanif Mamat, T. Perabu dan V. Sriraam.

Kuhan yang pernah membuat 341 kaps antarabangsa, turut bertanggungjawab mengasah penyudah pukulan sudut penalti skuad remaja wanita dan pasukan senior lelaki serta wanita.

Sebagai rekod, skuad Young Tigers perlu berdepan beberapa ujian seperti Sukan SEA Kemboja 2023, Piala Remaja Asia 2023 dan Piala Sultan Johor 2023 sebelum menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja 2023 hujung tahun ini.

Pasukan remaja wanita kendalian Lailin Abu Hassan juga berdepan tugas berat tahun ini kerana perlu mencari tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Santiago, Chile, Disember nanti melalui Piala Remaja Asia 2023 pada 28 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI