fbpx

Hanis Malaysian Tigress digantung bagi beri pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIS (kiri) digantung buat sementara daripada menyertai skuad kebangsaan sebelum dinilai semula sekiranya mempamerkan perubahan sikap yang positif.

PENYERANG skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn perlu menjadikan hukuman penggantungannya daripada menyarung jersi Malaysia dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebagai pengajaran terbaik buat dirinya.

Ia hasil daripada keputusan Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfe­derasi Hoki Malaysia (MHC) yang bermesyuarat pada 7 Februari lalu membabitkan isu berbaur perkauman mengenai pemain itu.

Hukuman itu menyaksikan Hanis, 27, terlepas mewakili Malaysian Tigress memburu pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 Mei nanti.

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Belia dan Sukan semalam, pihak MHC akan menilai semula keputusan itu sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh penggantu­ngan tersebut.

“Jawatankuasa Siasatan memutuskan untuk MHC tidak mempertimbangkan Hanis dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

“Tindakan ini perlu menjadi ingatan dan pengajaran berguna kepada Hanis serta atlet-atlet negara untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang hantaran ataupun ciapan di semua platform media sosial,” menurut kenya­taan itu.

Hanis dihukum kerana ciapan komennya ‘bau best la kat dalam tu’ beserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata yang dilihat berbaur perkauman kepada gambar dan video konsert artis dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Bagaimanapun, pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu tidak menyedari wujudnya elemen perkauman sehingga ditegur oleh netizen sebelum memadam komennya dan membuat permohonan maaf secara terbuka keesokan harinya.

Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pre­siden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal turut memanggil jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim.

Menurut Nasihin, Hanis seorang yang mudah mesra, me­rendah diri dan berdisiplin tinggi selain boleh bergaul rapat tanpa masalah dengan rakan-rakan hokinya dalam kalangan berbangsa India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI