fbpx

100 bazar Ramadan di P. Pinang tawar Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim (dua dari kiri) merasmikan pelancaran Laporan Penggunaan Teknologi Industri 4.0 di Malaysia : Strategi untuk Meningkatkan Daya Saing di The Wembley A St Giles Hotel, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Lebih 100 bazar Ramadan di lima daerah di negeri ini dijangka menawarkan Menu Rahmah pada harga bawah RM5 kepada pelanggan bagi membantu meringankan beban orang ramai terutama kategori B40.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, setakat ini pihaknya mendapat maklum balas yang positif mengenai penyediaan Menu Rahmah daripada para peniaga yang bakal menyertai bazar Ramadan pada bulan depan.

“Kita masih belum mendapat jumlah sebenar para peniaga yang akan menyediakan Menu Rahmah di kiosk masing-masing ketika bazar Ramadan nanti.

“Namun kebanyakan mereka telah memberi maklum balas yang mereka dapat menyediakan Menu Rahmah sepanjang bazar Ramadan Ramadan berlangsung dan mungkin menu berkenaan akan diletakkan di kiosk khas di bazar nanti,” katanya dalam sidang akhbar di The Wembley A St Giles Hotel, di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Halim merasmikan pelancaran Laporan Penggunaan Teknologi Industri 4.0 di Malaysia : Strategi Untuk Meningkatkan Daya Saing.

Menurut Abdul Halim, beliau menggalakkan para peniaga untuk menyediakan Menu Rahmah yang berkualiti, bersih dan dijamin sedap kepada para pelanggan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI