fbpx

Restoran sediakan makanan, minuman percuma kepada mangsa gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banyak kafe dan restoran dibuka kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang terselamat untuk mendapatkan perlindungan. - Anadolu Agency

ADANA – Seorang pemilik restoran kebab di wilayah Adana di selatan Turkiye membenarkan mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi pada Isnin lalu makan di tiga buah restorannya, lapor agensi berita Anadolu Agency.

“Selepas gempa bumi pertama kali, kami fikir tempat paling selamat untuk pergi ialah restoran.

“Sebentar tadi hujan. Kami melihat orang ramai menunggu di dalam kereta mereka, duduk di kaki lima atau hanya berlegar-legar tanpa tempat untuk dituju,” kata pemilik restoran tersebut, Salih Oral kepada agensi berita tersebut.

Oral berkata, restorannya kemudian menyediakan makanan, sup dan teh percuma kepada mangsa-mangsa gempa bumi.

Sejak itu, mangsa-mangsa bencana tersebut yang rumah mereka rosak akibat gempa bumi atau musnah sepenuhnya telah berteduh di restorannya.

Oral juga menghantar makanan ke bandar berdekatan yang terjejas akibat gempa bumi termasuk di Kahramanmaras dan Hatay.

Dia bukan satu-satunya pemilik restoran yang membantu mangsa-mangsa gempa bumi. 

Banyak kafe dan restoran lain di Adana telah ‘membuka pintu’ sepanjang masa untuk menyediakan tempat perlindungan bagi penduduk tempatan yang kehilangan tempat tinggal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI