fbpx

Polis buka kertas siasatan isu seleweng wang zakat Mains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dzaffir

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka kertas siasatan berhubung isu dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, siasatan dibuka semula di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.

“Polis Negeri Sembilan membuka kertas siasatan dan ia sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada polis di talian hotline Polis Kontinjen Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun semalam memberitahu akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam Mains. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI