fbpx

Ibu pelajar lapor polis, dakwa guru dorong anak masuk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akibat tidak berpuas hati tindakan seorang guru lelaki mendorong anak lelakinya memeluk agama Islam, seorang ibu bertindak membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan tersebut dibuat seorang wanita tempatan pada pukul 10.21 pagi.

“Wanita tersebut melaporkan, seorang guru lelaki telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun memeluk agama Islam.

“Akibat tidak berpuas hati tindakan guru itu, ibu pelajar tersebut tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

“Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI