fbpx

Gempa Turkiye: Pasukan SMART mula operasi menyelamat di Nurdagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pasukan SMART, Nadma, sejurus tiba di Nurdagi, Gaziantep.

PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kini sudah memulakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata, operasi SAR yang diketuai oleh Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil itu di mulakan di Nurdagi, Gaziantep.

“Untuk makluman, Nurdagi adalah antara bandar yang paling teruk terjejas.

“Pasukan pertama sedang menjalankan operasi SAR di satu tapak runtuhan,” katanya.

Menurutnya lagi, pasukan kini turut berdepan dengan masalah liputan komunikasi dan ketiadaan bahan api di Nurdagi.

“Selain cuaca dan risiko gempa bumi susulan, mereka juga berdepan dengan kesukaran liputan komunikasi kerana ketiadaan internet selain tiada bahan api tersedia di Nurdagi,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, seramai 70 lagi anggota (SMART) diterbangkan ke Turkiye bagi membantu operasi SAR susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Gaziantep, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI