fbpx

Firefly sambung semula penerbangan dari Pulau Pinang ke Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan penerbangan ke Banda Acheh membuka peluang kepada Firefly menyambung semula penerbangan ke Medan bermula 17 Februari ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Firefly, subsidiari Malaysia Aviation Group (MAG) akan menyambung semula penerbangannya ke Medan, Indonesia bermula 17 Februari ini dari Pulau Pinang dengan harga tambang serendah RM99 sehala.

Penerbangan dari Pulau Pinang ke Medan adalah pada pukul 11.30 pagi manakala penerbangan dari Medan ke Pulau Pinang pula adalah pada pukul 11.50 pagi waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd. Azmi berkata, perkhidmatan ini adalah susulan daripada kejayaan syarikat melancarkan penerbangannya ke Banda Aceh sebelum ini.

“Kami berbangga kerana dapat menyambung semula penerbangan ke Medan, salah satu bandar yang mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam pelbagai sektor.

“Perkhidmatan ini mewakili peluang menarik kepada syarikat untuk meningkatkan pertumbuhan perdagangan dan dagangan ekonomi antara Malaysia dengan Indonesia. 

Medan adalah destinasi popular dalam kalangan pelancong kerana masyarakat pelbagai bidang budaya, warisan yang kaya dan makanan istimewa yang luar biasa dan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ahmad Luqman menerangkan, selain tambangnya yang istimewa, pelanggan boleh menikmati tawaran penjimatan sehingga 70 peratus untuk pelbagai perkhdimatan lain seperti elaun bagasi, insurans dan juga pemilihan tempat duduk. -KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI