fbpx

Elvina Mohamad umum hamil anak kedua di Tokyo Disneyland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELVINA Mohamad tidak sabar menantikan kehadiran anak keduanya.

PETALING JAYA – Keluarga kecil pelakon Datin Elvina Mohamad bersama suami yang sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki akan diserikan dengan kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.

“Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua),” tulisnya ringkas.

Perkongsian dalam Instagram memaparkan pelakon drama Takdir Cinta Dhia itu bergambar bersama suami dan anaknya berlatar belakang mercu tanda taman tema tersebut.

Suami dan anaknya kelihatan bahagia memegang perut Elvina yang semakin menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Hantaran dikongsikan pelakon itu menuai perhatian ramai rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.

Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI